teks berjalan

" TERIMAKASIH ANDA SUDAH BERKUNJUNG DI BLOG SAYA "

Jumat, 24 Desember 2010

Bisikan Iman Dalam Muhasabah Diri

Sekali sekala dalam tafakurmu,Merenung dan muhasabah diri...Kenalkanlah bisikan-bisikan yang berdesir di hatimu. Untuk dikenali punca dan penyakitnya, Dan seterusnya untuk kau ubati.

Pasangkanlah telinga batinmu, Dengarkanlah cetusan keluh kesah, Ataukah kagum, bangga dan megah Dan seribu satu kehendak dan rungutan, Yang jarang merendahkan hatimu Untuk sujud penuh kehambaan, Ke hadrat Tuhan.

Inilah petanda jiwamu berpenyakit, Dimamahi ulat-ulat mazmumah Kerana hatimu kini dikuasai nafsu Yang membusukkan hati, Memburukkan perilaku. Ubatlah ia dengan mujahadah, Agar ia pulih ke tahap mahmudah.

Kemudian berusahalah memiliki iman, Yang kau dituntut atasnya selepas Islam,
Akan terubatlah penyakitmu dengan kaedah: ketahuilah, bahawa dengan mengingati
Allah itu, hati akan menjadi tenang. -Ar Raad : 28.
Lantaran iman itu ialah Punca tenaga, tempat lahirnya Segala- gala yang kau perlukan dalam hidup,Mencipta jua meletakkan jiwamu, Dalam keadaan yang serba sempurna.

Imanlah sebenar-benar hartamu, Yang akan memperkayakan jiwamu.
Hatimu, akan memandang dunia ini Tepat pada hakikatnya:

Hanyalah bangkai. Dan hiburan yang memperdayakan Kau pastinya tidak akan merelakan, Dirimu menjadi anjing pemburu.

Iman ialah kekuatan Menjadikan kau optimis dengan takdir Tuhan, Tidakkan pernah berputus asa, Tidak mengenal erti kecewa. Bahkan jiwa akan kebal menempuh rintangan Bersemangat kental meneruskan perjuangan. Takutmu hanya pada Allah jua Atau apa-apa yang bakal mencacatkan hubunganmu dengan Tuhan.

Maka dikala itu pula Iman akan mendidikmu menjadi insan Yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi. Tidak merelakan perlakuan mungkar, Peka kepada kebajikan sekalipun sekadar Membuang duri dari jalanan.

Iman jualah Sahabatmu yang karib lagi setia Yang akan sentiasa bersamamu
Dalam suka ia akan mengingatkan bersyukur dengan rahmat Tuhanmu dalam duka, ialah penenang berserahlah kepada Allah, inilah tarbiah tanda kasih-Nya dan penghapusan dosamu yang lalu.

Ia akan membimbingmu kepada Kebahagiaan hidup yang engkau harap-harapkan,
Tiadakan tergugat, seberat manapun dugaan. Segalanya tenggelam , dalam kemanisan rasa. Ujian bagimu adalah penyubur jiwa. Bahkan mati sekalipun,
Adalah syarat untuk menemui cinta! Lantaran bagi mukmin sejati cintanya hanya untuk Tuhan dan ujian dariNya adalah cenderamata percintaan.

Iman jualah yang bakal mengawalmu. Dari serangan musuh lahir dan batin.
Hati yang beriman akan bertawakal. Dengan bantuan Allah yang dijanjikan
sesungguhnya Allah beserta orang- orang yang beriman. Ingatan-Nya pula dijadikan guide line Dalam mengenal kawan atau lawan. Hatimu akan sentiasa berwaspada Dengan bisikan nafsu jahat yang penuh tipu daya

Ahli sufi sering bermadah:
Kiranya kau miliki iman, sesungguhnya kau Telah memiliki segala galanya pula
Dan dihujung tafakurmu nanti, Akan kau temui untuk seterusnya dimengerti;
Imanlah yang akan memuliakan darjatmu Selaku; khalifah Allah di muka bumi,
Bukan insan yang berperi kebinatangan Yang mengotorkan bumi dengan kemungkaran.

Ya, hanya Iman Penyelamat Di hari kiamat, harta dan anak pinak tidak berguna lagi, kecuali orang- orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman - Asy Syuaara 88-89

Daripada Madah Tuan Guruku
untuk daku meneruskan perjuangan fisabililah kepada anda semua.
Hidup ini hanya sementara...Bersediakah kita untuk menemuiNya..cukupkah amalan kita untuk dipersembahkan kepadaNya..

Kesemua jawapan ini adalah tersembunyi..
Keikhlasan kita adalah ukurannya
Hanya dengan RAHMATNYA dipersilakan kepada anda
masuk ke pintu syurga...
Kita adalah hamba...
Hamba wajib bertaqwa...
Dengan beribadah sepenuh masa.

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Pimpinkanlah daku kejalan yang benar...
Dan peliharalah daku dari azab api neraka..
Maha Suci Tuhan..
Kepada Mu jua daku berserah...

Tidak ada komentar: